Latar belakang Pertempuran_Panipat_(1556)

Kematian Babur pada tahun 1531 telah menghentikan proses perluasan kuasa Empayar Mughal. Pewarisnya iaitu Humayun secara perlahan-lahan mula kehilangan wilayah kerajaannya apabila menerima tekanan daripada kerajaan baru, Empayar Sur di bawah pimpinan Sher Shah Suri. Bahkan, Humayun terpaksa mencari perlindungan ke istana Safawiyah pada tahun 1540. Humayun menghabiskan masa selama lebih sepuluh tahun hidup dalam buangan dan beliau hanya dapat kembali ke India pada tahun 1554. Pada tahun berikutnya, beliau berjaya menewaskan pemerintah baru Empayar Sur, Sikandar. Kemudian, Mughal menguasai semula kawasan utara India. Malangnya bagi Mughal, Humayun meninggal dalam kemalangan pada tahun 1556. Kematian beliau telah dimanfaatkan oleh Empayar Sur untuk membalas serangan. Ketua Menteri Hemu mara dengan pantas dan menguasai Delhi pada Oktober 1556. Namun dengan hairannya, beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Sur dan ditabalkan menjadi raja.

Maharaja Mughal iaitu Akbar baru berusia 13 tahun tetapi pengiringnya iaitu Bairam Khan merupakan seorang komander yang berkebolehan. Beliau bergerak menuju ke Delhi pada awal November 1556. Tentera Mughal tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Panipat dan mereka telah bertembung dengan tentera Hemu.